PROFIL SEKOLAH


PROFIL SEKOLAH
 
2.1. Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu.
2.2. Alamat : Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu,
34950 Bandar Baharu, Kedah Darulaman.
2.3. Daerah : Kulim / Bandar Baharu.
2.4. Kod Sekolah : KBA 1002.
2.5. Lokasi : Luar Bandar.
2.6. No. Telefon : 05-7167251
2.7. No. Faks : 05-7167251
2.8. E-mail : skbandarbaharu@ppdkbb.net
2.9. Laman Web : skbb1002.blogspot.com
2.10. Daerah MGB : Kulim / Bandar Baharu
2.11. Nama Guru Besar : Pn.Hjh.Junainah Bt.Sidek
2.12. Nama PK 1 : En. Ahmad Sobri bin Ishak
2.13. Nama PK HEM : En.Mohd.Khairuddin bin Jaafar
2.14. Nama PK Kokurikulum : Pn. Johariah bt Abd Wahab
2.15. Nama Penyelia Petang : -
2.16. Jumlah Guru : 43 orang
2.17. Jumlah Kakitangan Bukan Guru : 6 orang
2.18. Jumlah Murid pada 1.1.2010 : 523 orang
2.19. Moto Sekolah : Usaha Jaya

  Anugerah yang pernah diterima pada peringkat negeri atau kebangsaan.
 
Bil
Anugerah Yang Diterima
Tahun
Peringkat
1
Anugerah Lima Bintang
2002 - 2006
JPN
2
Anugerah Pencapaian Kualiti Lulus UPSR
2002 - 2006
JPN
3
Anugerah Peningkatan UPSR
2002 - 2006
JPN
4
Anugerah Khas Sekolah Al-Mithali Tabung Haji
2005
Negeri-negeri Zon Utara
5
Anugerah Khas Peningkatan UPSR 3 Tahun Berturut-turut
2002 - 2004
Daerah Kulim / Bandar Baharu
6
Anugerah Johan Kebersihan Kantin-Kantin Sekolah Bandar Baharu
2002
Daerah Kulim / Bandar Baharu
7
Anugerah Pra Sekolah Cemerlang Tempat Ketiga
2003
Daerah Kulim / Bandar Baharu

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Awal
Sebelum wujudnya sekolah di Bandar Baharu, kanak-kanak di kawasan ini bersekolah di Sekolah Sekolah Melayu Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak. Mereka berulang alik dari rumah ke sekolah menyeberangi Sungai Kerian dengan menggunakan “ sampan sagor ”.
Era Pendidikan Di Bandar Baharu
Sekolah pertama di Bandar Baharu telah dibina pada tahun 1908, terletak di Lot 2990 berhampiran masjid Bandar Baharu. Keluasan kawasan 40 x 20 meter, bangunan beratapkan nipah dan berdindingkan peluluh. Jumlah pelajar hampir 50 orang. Guru Besarnya ialah Encik Hashim bin Meon dan dibantu seorang guru penolong iaitu Encik Mat bin Rejab.
Pada tahun 1918, sebuah bangunan tambahan dibina berhadapan dengan bangunan awal melibatkan kawasan seluas 1 430 meter persegi. Encik Ayub bin Haji Mat Akib lulusan Maktab Perguruan Bukit Tiong, Singapura sebagai Guru Besar dan dibantu oleh dua orang guru penolong iaitu Encik Mat bin Ayub dan Encik Daud. Jumlah pelajar telah mencapai 150 orang, berumur antara 9 hingga 17 tahun. Waktu persekolahan antara pukul 7.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari, lima hari seminggu dari hari Sabtu hingga hari Rabu.
Pada tahun 1921, sebuah rumah guru didirikan berhampiran dengan bangunan tambahan ini. Rumah ini masih ada hingga sekarang. Penghuni pertamanya ialah Encik Ayub bin Haji Mat Akib, Guru Besar pada masa itu.
Selepas Perang Dunia Kedua, Sekolah Melayu Bandar Baharu dibahagi kepada dua, pelajar perempuan di bangunan berasingan iaitu di bekas Rumah Rehat Bandar Baharu. Namun begitu, pelajar-pelajar perempuan tahun enam masih belajar bersama-sama pelajar-pelajar lelaki di bangunan asal. Keadaan ini berterusan hingga tahun 1964. Guru Besar Sekolah Melayu Perempuan ketika itu ialah Cik Kalsom.
Kronologi Seterusnya …
* 1964 - Tanah sawah seluas 2.5 hektar dibeli untuk pembinaan bangunan sekolah. Bangunan sekolah siap dibina pada bulan Ogos 1964, digunakan oleh pelajar lelaki- Sekolah Melayu Lelaki. Pelajar perempuan kekal di bangunan asal- Sekolah Melayu Perempuan, berterusan hingga tahun 1971.
* 1972 - Sekolah Melayu Lelaki dan Sekolah Melayu Perempuan digabungkan menjadi Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu, Encik Othman bin Razak sebagai Guru Besar. Cik Kalsom, Guru Besar Sekolah Melayu Perempuan berpindah ke Alor Setar.
* 1980 - Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu ( SKBB ) dinaikkan taraf ke Gred B, Guru Besarnya Encik Mohd Ghaus bin Hashim, Penolong Kanan ialah Encik Yussof bin Shafie.
* 1981 - SKBB mendapat bangunan dua tingkat yang siap dibina pada tahun 1982 dan mula digunakan pada 1 Januari 1983.
* 1984 - Semua pelajar dipindahkan ke bangunan baru kerana bangunan lama didapati tidak selamat digunakan lagi.
* 1988 - SKBB mendapat sebuah lagi bangunan yang dibina secara gotong-royong.
* 1989 - Bangunan sekolah yang dibina secara gotong-royong dirasmikan oleh YB Dato’ Sheikh Kadir bin Sheikh Fadzir, Ahli Parlimen Kulim / Bandar Baharu pada 23 Januari 1989.
* 1990 - SKBB mendapat sebuah lagi bangunan tambahan untuk dijadikan Pusat Kegiatan Guru ( PKG ).
* 1993 - SKBB mendapat sebuah bangunan dua tingkat yang siap dibina pada tahun 1994 dan mula digunakan pada tahun 1995. Guru Besar pada ketika ini ialah Encik Aim bin Untong.
* 1994 - Pentadbiran sekolah pada tahun ini di bawah pengurusan Tuan Hj. Wan Mahmud.
* 1997 - Pengurusan sekolah di bawah Encik Azuddin bin Aziz selaku Guru Besar.
* 2002 - SKBB telah mendapat sebuah bangunan Makmal Komputer, sebuah kelas prasekolah ( ubah suai kelas yang sedia ada ) dan sebuah surau dengan kerjasama PIBG. Kesemuanya dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 2003. Pada tahun 2005 sebuah lagi prasekolah dibuka ( ubah suai kelas yang sedia. Guru Besar hingga kini ialah Pn. Nor Asiah bt Abd Ghalim PCK yang mula berkhidmat sejak tahun 1997.Tempatnya sebagai Guru Besar telah diganti oleh Pn.Hjh.Junainah Bt.Sidek mulai Tahun 2010.

LENCANA SEKOLAH
 
Lencana sekolah mempunyai lima warna,iaitu :-
  1. Putih
  2. Biru
  3. Hijau
  4. Merah
  5. Kuning
Maksud – maksud warna tersebut ialah :-
  1. Putih - melambangkan kebersihan dan kesucian jiwa anak-anak.
  2. Biru - melambangkan kedamaian
  3. Hijau - melambangkan keagamaan
  4. Merah - melambangkan semangat keberanian yang ada pada murid-murid
dan ketegasan dan kecekalan guru-guru.
5. Kuning - melambangkan kedaulatan raja yang memerintah negeri.
Maksud Lambang-lambang yang ada pada lencana tersebut ialah :-
1. Gemal Padi - melambangkan kemakmuran Negeri Kedah yang terkenal
sebagai ‘ Negeri Jelapang Padi’.
2. Obor Yang Menyala - melambangkan semangat yang membara untuk membina ilmu bagi menyuluhi hidup di masa hadapan.
Cogan Kata Sekolah Yang Terdapat Pada Lencana Sekolah :-
“ Usaha Jaya ”
Huraiannya :-
  1. Memupuk semangat terus berusaha dan sanggup mengharungi dugaan dan cabaran dalam usaha mengejar ilmu.
  2. Menanam sikap tidak mudah mengaku kalah dan berputus asa di dalam mengejar cita-cita.
  3. Setiap orang murid digalakkan berusaha sehingga berjaya di dalam menuntut ilmu sampai ke peringkat yang lebih tinggi.